Pemasangan Aircond
Membekal & Menjual Pelbagai Jenis Aircond Seperti :
Acson
Daikin
Panasonic
Fujiaire
Midea
Topaire
Jenama lain-lain
Tips Pemilihan Penyaman Udara
1. Untuk memilih penghawa dingin yang tepat untuk kediaman, anda boleh menggunakan formula mudah ini:
( HP = Panjang (kaki) X Lebar (kaki) X 60 / 9000)
2. Ia adalah penting untuk memilih sistem penyejukan udara yang betul. Memasang saiz yang salah akan meningkatkan penggunaan elektrik dan akhirnya meningkatkan bil elektrik anda!
3. Untuk memilih saiz yang sesuai, pertimbangkan saiz bilik dan bilangan tingkap yang ada, berapa banyak anda mendapatkan naungan pada tingkap, dinding, dan bumbung dan berapa banyak haba dihasilkan oleh penghuni dan peralatan di dalam bilik anda.
4. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai jenis penyaman udara di pasaran. Juga berlainan kuasa kuda(hp) bergantung kepada kesesuaian penggunaan. Teknologi inverter salah satu teknologi yang mampu menjimatkan kos penggunaan elektrik.
5. Untuk membeli penyaman udara baru, sila rujuk pakar kerana kebanyakan jurujual tidak tahu penyaman udara yang bersesuaian pada kediaman anda.
6. Hubungi kami ada menjual penyaman udara baru dan terpakai termasuk pemasangan dengan harga yang berpatutan. Kami sedia memberi khidmat nasihat kepada anda.
7. Elakkan membeli penyaman udara YANG MURAH (KURANG JENAMA) kerana ianya tidak tahan lama, dan sukar mencari alat ganti. (Jenama Daikin, Acson) yang dicadangkan.
Apa itu penyaman udara jenis inverter?
1. Sedikit maklumat yang boleh dikongsikan di sini mengenai inverter. Teknologi inverter merupakan teknologi terkini yang mampu menjimatkan tenaga elektrik sehingga 70% (bergantung kepada penggunaan)
2. Teknologi inverter menggunakan gas lebih mesra alam sekitar iaitu gas R410A/R32. Apa itu gas R410A/R32? Ia adalah dari jenis HFC (Hidrogen-Florin-Carbon). yang tidak mengandungi elemen yang memusnahkan ozon (ODP) tetapi mempunyai nilai GWP yang tinggi yang menyumbang kepada pemanasan global.
3. Teknologi inverter menjimatkan penggunaan elektrik dengan mengurangkan daya kilas (Tork) pada pemampat (Compressor) ketika memulakan mampatan gas. Daya kilas yang tinggi akan menarik tenaga elektrik yang banyak ketika itu.
4. Walaubagaimanapun, kos inverter adalah mahal dari segi harga, penyenggaraan, dan alat ganti.