Wiring & Elektrikal
Servis Kami
Wiring Baru
~ Sedang bersedia untuk pindah masuk ke rumah baru?
- Kami sedia membantu dengan pemasangan wiring baru dan lengkap.
Rewiring
~ Rumah lama memerlukan penyelenggaraan?
- Kami boleh membantu dengan rewiring untuk memastikan keselamatan elektrik anda.
Troubleshoot
~ Ada masalah elektrik yang kompleks?
- Biarkan kami mencari punca dan menyelesaikan masalah anda.
Masalah Bil Elektrik Tinggi
~ Bil elektrik tiba-tiba naik? Kami boleh membantu mengenalpasti dan menyelesaikan masalahnya.
Masalah Rumah Kerap Tripping
~ Rumah sering mengalami masalah tripping?
- Kami ada penyelesaian yang berkesan untuk anda.
Pemasangan Semua Jenis Lampu, Kipas,Water Heater dan Lain-lain serta menawarkan pemasangan pelbagai jenis peralatan elektrik dengan kemas dan profesional.
Pemasangan Earthing & Menguji Earthing system
Memasang / Menukar / Membaiki DB
Pengujian System Wiring (Inspension)
- RCCD Test Setiap Socket (Menguji fungsi ELCB/RCCB Setiap point 13A)
- Insulotion & Continity Test (Menguji pendawaian setiap point wiring)
- Cek System DB ( Wiring/suis utama/RCCB/MCB/SPD) mengikut spec ST
- Erthing test (Menguji system pembumian) minimal cable 10mm & reading ohm pembumian mengikut ST
Apa Itu Wiring Rumah?
Secara amnya, wiring rumah atau pendawaian elektrik adalah sistem penyambungan bekalan elektrik ke premis untuk kegunaan peralatan dan kelengkapan elektrik.
Ia melibatkan pelbagai jenis suis, kabel, wayar dan semestinya kotak meter TNB (Tenaga Nasional Berhad).
Tujuan utama wiring ialah untuk menyediakan bekalan tenaga elektrik yang cukup melalui proses yang selamat digunakan.
Tak semua orang arif tentang wiring ni dan sebab itulah pendawaian elektrik rumah selalunya dipasang oleh orang yang bertauliah, berlesen dan berpengalaman.
Pemasangan pendawaian pula mestilah dilakukan dengan betul dan teliti untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran,kerosakan perkakas elektrik dan renjatan eletrik.
Wiring juga mempunyai jenisnya yang tersendiri bergantung kepada saiz dan keperluan premis.
Rumah yang kecil seperti rumah teres selalunya memerlukan bekalan FASA 1 (One Phase), sementara rumah yang lebih besar seperti banglo pula selalunya memerlukan bekalan FASA 3 (Three Phase).
Anda tak perlu pening-pening tentang semua ini kerana boleh serahkan saja kepada mereka yang mahir seperti WIREMAN atau CHARGEMAN untuk menentukan jenis bekalan yang sesuai.
Andai kata ada keperluan untuk membuat wiring atau mempunyai masalah, merekalah yang patut kita rujuk.
1. Wiring Rumah Baru Dibina Sendiri
Katakan anda ingin membina rumah di atas tanah sendiri. Rumah tu mestilah perlu ada wiring baru dan semuanya perlu ditetapkan oleh anda sebagai pemilik.
Walaupun anda mungkin mengupah orang untuk membuat dan memasang wiring, anda perlu tahu di mana nak letak soket, lampu, suis dan sebagainya.
Senang cerita anda mempunyai kuasa untuk menentukan keadaan wiring rumah, tapi kenalah dapatkan nasihat mereka yang pakar.
2. Wiring Rumah Yang Akan Diubah Suai
Jika rumah nak diubah suai untuk penyambungan atau pembesaran keluasan rumah, sudah semestinya akan melibatkan pendawaian baru.
Bukan setakat nak tambah wiring, tapi besar kemungkinan kena alih meter, alih DB (distribution box/kotak fius), atau tambah DB baru.
Apa pun, pastikan semua pendawaian dibuat mengikut spesifikasi yang selamat seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
3. Wiring Rumah Yang Telah Lama Didiami
Rumah yang dah lama selalunya perlukan penyelenggaraan dan baik pulih wiring.
Bila nak buat pendawaian semula tu, kena pastikan sama ada perlu dibuat untuk keseluruhan rumah atau sebahagian saja.
Antara masalah yang perlu diperbaiki adalah wayar lama yang dah tak berfungsi dengan baik, lampu berkelip-kelip atau tak menyala seperti yang sepatutnya, dan soket tak dapat digunakan kerana terbakar.
Semua ni sangat bahaya kerana jika berlaku litar pintas, sekelip mata semua boleh hangus terbakar. Jadi, pastikan wiring berada dalam keadaan baik dan lakukan pendawaian semula bila perlu.
Tahu tak betapa pentingnya wiring rumah sehingga ada peraturan yang mewajibkan semua rumah memeriksa pendawaian elektrik setiap 10 tahun.
Seperti yang dilaporkan, peraturan itu dibuat selepas berlaku beberapa insiden terutama yang membabitkan unit kediaman, yang menyebabkan kemalangan jiwa.
Tips Dan Cara Wiring Rumah
Ada dua cara wiring rumah yang biasa digunakan iaitu:
Wiring secara tersembunyi – Selalunya dilakukan semasa pembinaan rumah dan sesalur kabel elektrik dibuat siap-siap pada dinding. Cara wiring ni lebih kemas sebab wayar dan kabel tertanam di dalam dinding.
Wiring secara terdedah – Digunakan selepas dah ada struktur pembinaan seperti dinding atau kerangka bumbung. Untuk cara terdedah, wiring akan ditutup menggunakan casing pvc atau paip pvc bergantung kepada kesesuaian dan lokasi wayar.
Kalau anda nak buat wiring rumah sendiri, anda perlu tahu semua kelengkapan elektrik yang diperlukan, seperti:
Kabel
Papan suis
Suis utama
Pemutus litar (MCB)
Pemutus litar arus baki (RCCB)
Penangkap kilat
Suis soket
Suis lampu
Elakkan penggunaan elektrik berlebihan atau overload. Jangan gunakan satu plug point atau litar yang sama untuk peralatan elektrik yang menggunakan voltan tinggi.
Pastikan guna saiz kabel mengikut standard yang ditetapkan supaya pendawaian elektrik selamat untuk digunakan.
Gunakan kabel yang berkualiti kerana kabel murah mudah reput dan cepat rosak. Anda mungkin kena belanja lebih sedikit tapi ianya sangat berbaloi.